cik zuhar harun , s/u PAS kawasan Bera di tangkap kerana hadir dalam demostrasi membantah ISA sebentar tadi, difahamkan beliau telah dimasukkan kedalam kenderaan polis.
01 Ogos 2009
17 Julai 2009
rumah wok danan musnah.


Rumah Wok Danan habis terbakar ketika beliau dan isteri kekebun menoreh getah. Wok Danan tinggal sehelai sepinggang, turut terbakar ialah dokumen penting seperti Kad Pengenalan dan geran tanah miliknya. ketika menceritakan kejadian kepada Naib Presiden PAS, Wok Danan begitu sebak sehingga menitiskan air mata. tidak tertahan perasaanya melihat pemimpinya datang .... ketika ditimpa musibah ada juga yang simpati
Diposting oleh Basiron di 17.7.09 0 komentar
30 Jun 2009
SN, A Samad Said di Raub


Kehadiran SN Negara disambut gembira oleh semua pihak, perjuangan menentang pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris tidak sekali-kali meminggirkanya dengan rakyat. katanya beliau juga masih diundang untuk memberi ceramah di sekolah-sekolah kerajaan tetapi ada yang bertanya mengapa guna pentas PAS?. Di Raub permohonan penganjur untuk menggunakan Dewan Orang Ramai di TOLAK mentah-mentah, benarlah Dewan yang dibina dengan duit Rakyat hanya boleh digunakan oleh Amno sahaja !!.
Diposting oleh Basiron di 30.6.09 0 komentar
27 Jun 2009
Musaibah...

Dua orang ahli PAS cawangan meninggal dunia manakala seorang lagi di timpa musibah, kelmarin.
Hamidah Bakar, 63, dari Kampung Pengkalan Manggis,dekat sini kembali ke rahmatullah kira-kira jam 1.30 awal pagi kelmarin, akibat komplikasi sakit buah pinggang yang dialaminya sejak 12 tahun.
Di Taman Temerloh Jaya, Sazali Mohamad, 57, pesar tentara kembali menemui Ilahi pada jam 10.00 malam. Alahayrahm menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ahmad Shah, Temerloh. Beliau ialah pencarum Dana Takwa PAS Pahang,
Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Semantan, Zubir Omar menziarahi keluarga Allahyarham dan menyampaikan wang khairat kematian Dana Takwa sebanyak RM1,000. Turut hadir Setiausaha Exsekutif Badan Perhubungan PAS Pahang, Fairus Hisham Nordin.
Sementara itu, aktivis muslimat, Norjannah Mohd Teh mengalami musibah apabila rumah hampir ranap dihempap sebatang pokok dalam kejadian ribut.
Nurjannah berkata, ketika kejadian beliau sedang mengajar anaknya A Quran, bagaimana beliau bersyukur kerana beliau dan keluarga selamat.
“Saya ingat ketika itu pukul 7.45 malam dan saya sedang mengajar anak-anak mengaji Al-Qur’an,” katanya yang juga merupakan AJK Dewan Muslimat Negeri Pahang. Kerugian dianggarkan berjumlah RM5000.
Diposting oleh Basiron di 27.6.09 0 komentar
24 Jun 2009
pengodam komputer
United States sekarang sedang mahu memperketatkan sekuritinya dan berikut ialah sedikit intipati yang terdapat dalam artikel tersebut:
- Satu iklan mencari sekuriti professional atau seseorang yang borkebolehan berfikir seperti seorang penggodam telah diletakkan oleh General Dynamics Information Technology bagi pihak Homeland Security Department daripada United State.
- Pemohon, mengikut iklan tersebut, mestilah faham akan tools dan taktik untuk menggodam dan mestilah berkebolehan menganalisa trafik internet dan mengenalpasti kelemahan di dalam sistem persekutuan.
- Setiausaha Pertahanan, Robert Gates, mengatakan Pentagon akan menambah bilangan pakar siber daripada 80 ke 250 orang menjelang 2011.
- David Powner berkata di Kongress pada bulan lepas bahawa US tidak mempunyai pelan pemulihan untuk bencana digital.
- Ketua-ketua industri memberitahu Kongress bahawa penguatkuasaan undang-undang dan beberapa perlindungan lain telah pun luput untuk menghindarkan ancaman daripada penjenayah, terrorist, dan juga negara luar yang tidak ‘friendly’.
- Baru minggu lepas, seorang bekas pegawai rasmi kerajaan mendedahkan pengintip (spies) telah berjaya menggodam grid elektrik US dan meninggalkan program komputer yang akan mengganggu servis tersebut. Pencerobohan tersebut hanya diketahui selepas syarikat elektrik memberi kebenaran kepada kerajaan untuk mengaudit sistem mereka.
Diposting oleh Basiron di 24.6.09 0 komentar
23 Jun 2009
agenda selesai?
KIni isu kerajaan Perpaduan sudah selesai... namun usaha murni untuk membawa Malaysia lepas daripada penjajahan minda Umno-BN mesti dipergiatkan. Umno dilawan bukan kerana nama dia Umno, tetapi dilawan kerana jika Umno berubah dengan melakukan semua tuntutan Pakatan Rakyat, saya tidak fikir pada waktu itu Umno-BN harus dilawan lagi. ertinya kerajaan tanpa pembangkang akan ujud secara semula jadi, Bayangkan jika Umno membuang segala sifat-sifat buruk seperti rasuah, kronisme dan sebagainya,kemudian mengambil pula Islam sebagai dasar negara, mengamalkan ketelusan, tidak memperalatkan jentera kerajaan, menambah baik sistem kehakiman, polis dan semua agensi kerajaan yang dipertikaikan, melayan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dengan saksama berteraskan perlembagaan, maka apa perlunya Pakatan Rakyat lawan hangit macam sekarang? Tapi .... mahukah Umno itu berubah?
Diposting oleh Basiron di 23.6.09 0 komentar


